BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 26, 2009

kita hanya merancang...ALLAH yg menentukan..

25hb julai 2009...ceq balik ke kelantan untuk menghadiri majlis perkahwinan (menyambut menantu)member lama ceq..member sejak sekolah rendah..dah lama tak jumpa dia ni..demi member lama,ceq pong balik la kelantan...dengan hati yang gembira ceq menuju ke dewan tempat berlangsungnya majlis beliau..sapa tak happy nk meraikan majlis member ye tak? tapi sebaik saja sampai , ceq dikejutkan dengan perkhabaran yang tragis..isterinya telah mengalami kemalangan semasa dalam perjalanan dari K.L ke Kelantan..khabarnya kereta isteri dia terjunam ke dalam gaung di gua musang..ceq pun terus ke rumah beliau utk tengok keadaan isterinya..hiba hati ceq tengok isteri dia...dia patah bahu, pergelangan tangan retak,luka2..ahli keluarga isterinya yg lain masih mendapat rawatan di hospital gua musang..tak sangka pula di hari bersejarah dia, kejadian sebegini pula yg menimpa..apa yg boleh ceq cakap, banyak2 bersabar,semua ni ujian buat kowang...ceq doakan semoga owang umah dia cepat sembuh dan sihat seperti sediakala...kita merancang tapi Allah yg menentukan segalanya..

0 comments: