BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, August 6, 2009

oh begitu rupanya...

sekadar berkongsi cerita pasal anugerah yg tak ternilai..iaitu '"C.I.N.T.A".

secara jujurnya dulu saye memang tak pernah terfikir yang cinta ni sebenarnya mengajar kita untuk dewasa.serius! yelah kan,dulu umur baru berapa taun.pepatah yang biasa digunakan "hingus pong lum pandai nak lap lagi "wakaka..lum cukup akal lagi..

dulu,kan saye ingatkan cinta ni selalu bahagia, hati kita akan sentiasa dibelai,disayangi, dijaga dengan penuh kasih tanpa dilukai dan disakiti..seingat saye,ketika itu saye berada dibangku sekolah menengah di kota bharu.cinta spesis yg gayut2 tu..tapi bukan gayut telepon hahaha :P orang kata baru nak kenal2 ngan jantina yg berbeza dengan kita..(bagi saye la,owang lain ntah dah berapa kali bertukar boypreng hehehe:P) maklum la saye ni jenis yg pendiam,pemalu skit dulu..sekarang ni dah tau beza dlm situasi mana yg perlu kita jadi pemalu dan sebagainya..)

time tu jadi pemerhati member2 bercinta sakan dgn budak kelas sebelah2..time tu memang rasa pelik sangat tengok gelagat diorg yg mabuk bercinta sakan ni...time tu target saye hanyalah study..kadang2 jadik kaunselor pd member yg frust bercinta hehehe ...ada bakat :P saye sedih tengok member2 yang tak letak cinta pada tempat dan individu yg betul..tapi yelahkan time tu budak2,apalah yg kami tau pasal cinta2 ni. orang berkapel,dia nak berkapel..hehe mcm2 ...penuh dgn memory...

sekarang,ketika usia menginjak kepada angka 24 tahun pada 11 mei yang lalu membuatkan saye berfikir sejenak...cinta yg sedang dialami ini tidak seperti yang saye bayangkan seperti suatu waktu dulu...cinta yg membuat kita berada dikayangan..yang selalu bahagia dan dilayan seperti seorang puteri kayangan... setelah lebih 1 tahun cinta ini bersemi dihati, dia mengajar saye erti dewasa dan matang dalam tindakan..dia mengajar saye bahawa cinta tidak semestinya sentiasa tersenyum dan tertawa.cinta perlu juga menangis supaya kita menghargai cinta yg dimiliki. bercinta bukan bererti kita sentiasa difahami tetapi mengajar kita supaya sentiasa membuka hati untuk saling mengerti..dengannya,saye belajar bahawa cinta itu mengajar kita erti kehidupan yg sebenar,iaitu dimana ketika kita bahagia,kongsikan dengan mereka yg berada disisi.ketika kita berduka,luahkannya supaya kita merasa damai dihati.untuk apa proses ini dilakukan?tidak lain kerana untuk kita saling mengenali dan menyemai rasa percaya dan setia dengan pasangan dan orang disekeliling kita.

cinta mengajar kita untuk bertolak ansur, belajar untuk menjadi seorang yang tabah dan kuat semangat..terutama apabila kita berasa terluka dan berkecil hati..ketika ini dia mengajar saye supaya jangan terlalu ikutkan perasaan dan emo..dia mengajar saya menyelesaikan masalah dengan cara yg lebih dewasa dan berfikir menggunakan akal dan bukan perasaan. cinta mengajar kita kepentingan hubungan kekeluargaan yg harmoni dan bahagia..apabila pasangan kita diterima dan direstui famly,saye percaya hubungan kita pasti akan lebih menyeronokkan dan lebih bermakna..

setiap pasangan pasti telah menempuh berbagai2 masalah dan dugaan sebelum berjaya mencapai hala tuju perhubungan..namun yg membezakan kita adalah kekuatan kasih sayang, keutuhan cinta yg terbina, kepercayaan yg dihimpunkan selama ini..semoga kita berjaya menyentuh dan mempertahankan puncak kasih yg diidamkan selama ini..amin.. terima kasih baby kerana telah membuka mata hati syg kepada cinta yg sebenar..

sebelum saye mengakhiri coretan ni, elok rasanya kita renungkan bait-bait perkataan di bawah ini..sekian..

Allah berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."


Adam,
Tidak perlu mencari teman secantik BALQIS, jika diri tak seindah SULAIMAN...kenapa mengharap teman setampan YUSUF jika kasih tak setulus ZULAIKHA...tak perlu menjadi sebahagian IBRAHIM jika diri tak sekuat HAJAR & SARAH...kenapa di damba teman seistimewa KHADIJAH jika diri tak sesempurna Rasulullah s.a.w..


0 comments: