BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 30, 2009

syhh..rahsiaaa...

hurmm...masa tengah bukak2 blog owang tu,owang ni,masuk www. sane,masuk www. sini,terbukak plak www.gua.com.my. terbaca pulak 1 ruangan dlm tu.. interesting,betul jugak la apa yg dinyatakan dalam tu..nak tau apa yg ceq jumpa? ni ha...


13 Rahsia Cinta Lebih Hebat!

Di dalam hubungan percintaan, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi penekanan. Namun bagi sesetengah pasangan, mereka selalu mengabaikan aspek ini dengan alasan ia tidak begitu penting.

Namun harus dingatkan, bercinta sebenarnya bukan peluang untuk anda sentiasa difahami, sebaliknya bercinta adalah satu proses untuk anda membentuk persefahaman agar saling memahami di dalam apa jua situasi.

Di alam percintaan, ia secara tidak langsung memerlukan anda berkorban dan bertolak ansur antara satu sama lain. Apa yang penting dan perlu dititikberatkan ialah percintaan yang terjalin mampu memberikan kebahagian kepada anda dan pasangan.

Bagi mengukuhkan lagi perasaan cinta di antara anda, anda perlu memahami satu persatu tentang prinsip serta falsafah cinta. Dengan cara ini pasti ianya dapat membuka mata dan fikiran anda supaya lebih menghargai cinta.

Tidak kira sama ada lelaki atau wanita, anda perlu mengetahui 13 rahsia yang menjadikan cinta anda dan pasangan menjadi lebih lancar dan membahagiakan walaupun kadang kala cinta yang yang terjalin tidak kesampaian.

1. Jika seseorang yang istimewa hadir di dalam hidup anda dan dengan beberapa sebab tertentu dia terpaksa pergi, anda harus merelakannya. Jangan terlalu bersedih dan terimalah hakikat bahawa dia tercipta bukan untukmu. Walaupun tidak dapat bersama untuk selamanya, sekurang-kurangnya dia pernah hadir membahagiakan anda. Sentiasa percaya kepada jodoh kerana jika dia memang ditakdirkan untuk anda, walaupun sejuta halangan yang mendatang, dia pasti akan tetap menjadi milik anda.

2. Jangan cuba melarikan diri daripada cinta apabila cinta sudah berada di hadapan anda. Sentiasa menghargai insan yang menyayangi dan mencintai anda. Bukan mudah untuk mencari cinta kerana cinta selalunya hadir dengan hati yang tulus dan niat yang ikhlas.


3. Sentiasa berani berhadapan dengan risiko. Di alam percintaan semestinya pelbagai halangan akan ditempuhi. Hanya mereka yang benar-benar berani mampu merasai cinta yang sejati. Ingat peluang bukan selalu hadir dan mungkin itulah peluang sekali seumur hidup yang akan kamu temui. Maka apabila bertemu dengan orang yang sesuai, rebut peluang itu dan jangan biarkan dia ternanti-nantikan balasan cinta anda.

4. Belajar menghargai orang lain yang sentiasa setia di saat anda susah ataupun senang. Jangan sampai anda mengalirkan air mata akibat menyesal kerana membiarkan cinta berlalu begitu sahaja. Sudah lumrah manusia yang selalu tidak menghargai seseorang yang menyayangi kita sehinggalah orang tersebut pergi meninggalkan kita. Saat itu pasti tiada sesiapa yang akan menemani anda lagi.

5. Terdapat banyak bintang di langit, tetapi hanya sebutir bintang yang benar-benar menyerlah dan mampu menarik perhatian anda. Tetapi awas, jangan terlalu asyik memandang keindahan kemilau bintang sehingga lupa kepada rumput yang dipijak. Mungkin pasangan anda sekarang bukanlah seorang yang benar-benar sempurna di mata anda, tetapi kebijaksanaannya melayan anda, berjaya menutup kekurangannya.


6. Jangan terlalu memilih. Sentiasa ingat bahawa tiada seorang manusia pun di dunia ini yang sempurna di dalam setiap aspek. Apa yang penting sentiasa berfikiran positif dan memberi peluang kepada insan yang anda sayang buktikan kebolehannya. Anda juga harus ingat, kesempurnaan dalam cinta tidak akan dapat dicapai sekiranya anda tidak berusaha bersama.

7. Cinta itu selalu membuatkan anda gembira walaupun ia kadang kala melukakan. Oleh sebab itu berikanlah cinta sejati kepada mereka yang benar-benar layak. Ini kerana bukan semua orang boleh bertahan apabila mengalami kelukaan yang diakibatkan oleh cinta.

8. Kepercayaan kepada pasangan adalah amat penting. Tanpa sikap saling mempercayai antara satu sama lain, hubungan yang terbina sudah pasti tidak akan mampu untuk bertahan lama. Jadi untuk mempercayai seseorang yang anda cintai, anda mesti membuatkan dia sentiasa mempercayai anda terlebih dahulu. Apa yang penting, sentiasa yakin dan jangan sesekali selitkan perasaan ragu-ragu terhadap pasangan apabila perasaan percaya itu telah mula wujud di dalam jiwa anda berdua.

9. Cinta memerlukan masa untuk anda menyedarinya. Walaupun ada yang percaya kepada cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa untuk insan yang seorang lagi merasai kehadiran cinta anda. Perasaan sayang dan kasih juga perlu dipupuk dan itu semua memerlukan masa supaya cinta yang terbina menjadi utuh buat selamanya.

10. Jangan sesekali berputus asa apabila wujudnya persaingan untuk merebut cinta. Anda perlu yakin dengan kehebatan dan keistimewaan anda. Namun jika anda gagal setelah berjuang, itu membuktikan anda seorang yang matang dan sentiasa positif apabila berhadapan dengan kegagalan. Tetapi sekiranya anda berjaya merebut cintanya, itu pastinya menjadi kenangan paling manis untuk anda kenang di sepanjang hidup anda.


11. Jangan bertangguh atau takut untuk meluahkan rasa hati. Biarkan dia tahu rahsia hati anda dan berikan dia sedikit masa untuk memikirkannya. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah apabila anda memberitahu insan yang anda sayang betapa penting dan istimewanya mereka di dalam hidup anda. Dengan itu anda pasti akan berasa puas dan lebih yakin untuk meneruskan kehidupan.

12. Cinta itu berasaskan pengorbanan dan tolak ansur. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu kelemahan dan kekurangan diri anda tetapi dalam masa yang sama masih boleh menerima serta mencintai diri anda seadanya. Jika kamu menemui insan sebegini, jangan sekali-kali melepaskannya kerana dia sudah pasti jodoh terbaik buat anda.

13. Sentiasa bukakan hati anda kepada insan yang anda sayangi. Jangan sekali-kali meraguinya kerana keikhlasan yang dipamerkan sudah pasti akan dapat dirasai oleh hati yang sentiasa dipenuhi oleh cinta suci.

Wednesday, July 29, 2009

test test

yang atas ni gambar sesudah retouch menggunakan picasa hehe..

yang ini sebelum dilakukan apa2 perubahan


boring2 dah takde keje,saje je godeh2 gambar :P tak sangka jadik lawa lak gambo ni haha :P gambo je la, tuan gambo lawa tiada manis adaaa lalalala (mcm citer p ramlee lak ai :P)

Monday, July 27, 2009

FADHILAT BULAN SYAABAN ..

FADHILAT BULAN SYAABAN
Muqaddimah
Bersempenakan syaaban yang mulia ini....
sama-samalah kita mengutip mutiara,ilmu dan pahala-pahala yang memberi kita manfaat di
akhirat kelak....
InsyaAllah.

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Erti "Syaaban" ialah berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut bertempiaran ke mana-mana tempat untuk mencari air, setengahnya mengatakan bahawa mereka mencari air itu di gua-gua. Ada pendapat pula mengatakan Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Menurut Yahya bin Mu'adz pula: Sesungguhnya perkataan Syaaban itu terbentuk dari lima huruf, yang mana setiap huruf merupakan singkatan kurnia kepada orang-orang yang beriman. adalah singkatan yang bererti kemuliaan dan pertolongan, singkatan kepada yang bererti keperkasaan dan keutamaan, singkatan kepada ertinya kebaikan, singkatan bagi ertinya rasa kasih sayang dan singkatan bagi yang bererti cahaya.

Dari berbagai keterangan mengenai pengertian bulan Syaaban itu tadi dapatlah disimpulkan bahawa pada bulan ini adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan.

Rasulullah S.A.W.. telah bersabda yang maksudnya:
"Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban?" Maka umatnya menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui".
Baginda bersabda:
"Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
Allah S.W.T mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Dalam bulan ini, Allah S.W.T banyak memberi rahmat dan kurnia kepada hamba-Nya. Mengenai rahmat Allah itu Rasulullah S.A.W. ada bersabda yang bermaksud, "Allah mengangkat amalan-amalan semua hamba-nya pada bulan ini."
Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara daripada maksiat, taubatnya diterima juga terselamat daripada bencana pada tahun berkenaan. Sabda Rasulullah S.A.W., "Barang siapa membesarkan Syaaban dan bertaqwa kepada Allah S.W.T serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkan dia daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit."

Kasih dan ketaatan orang yang beribadat pada tahun itu terhadap Allah akan kekal. Sabda Rasulullah S.A.W., "Barangsiapa menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban. Maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu."

Dalam pada itu bagi mendapat keberkatan Syaaban, adalah dituntut menunaikan sembahyang sunat dua rakaat pada malam Nisfu Syaaban iaitu malam yang ke-15 pada bulan Syaaban. Sembahyang sunat ini dilakukan selepas menunaikan solat fardhu Maghrib dan selepas sembahyang sunat Ba'diyah dengan membaca surah "Qul yayyuhal Kafirun.." pada rakaat pertama dan surah "Qul huwallahu ahad.." pada rakaat terakhir. Selepas selesai sembahyang sunat Nisfu Syaaban disunatkan juga membaca surah Yaasin dan memohon doa dilanjutkan usia, kekuatan untuk beribadat serta memohon ketetapan iman.

Keutamaan Bulan Syaaban
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Sayidatina Aisyah R.A., beliau telah berkata yang maksudnya:
"Adalah Rasulullah S.A.W.. sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. saya tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan saya tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa ini menunjukkan kelebihan bulan Syaaban dari bulan-bulan yang lain dari segi pemilihan bulan untuk beramal ibadat selain dari bulan Ramadhan.
Selain dari itu, Rasulullah S.A.W. pernah mengumpamakan keutamaan bulan ini dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi-nabi yang lain. Sabda Baginda yang maksudnya:
"Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadhan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."

sedikit emo..

errmm catatan yg akan dicatit disini mengandungi kata2 emo wakaka...luahan perasan gue huhu...
harap2 pasni takde la yg gatai tanya soalan itu...

apakah soalan tersebut?ni ha.. BILA NAK KAWEN? dah boring la baca,dengar dan jawab soalan ni..memang la tak salah tapi apabila selalu ditanya dan diasak dengan soalan sebegini menyebabkan ketensenan emosi tau tak?adoyaiiii..sampai masa nanti kawen la...memang la dah ada pilihan hati ,tp sabar la ..ingat kawen guna duit monopoli?mcm2 benda nak kene pikir sblum kawen..hurmm...buat member2 yg selalu tanya tu,ceq mintak dah2 la ek ajukan soalan tersebut..sampai masa,sampai seru nanti gue gitau deh huhu

nur kasih...




kalau nak diikutkan ceq memang tak minat sgt dah ngan drama melayu..bukan apa,jln citer ntah ape2..yg banyak citer pasal owang kaye,mekap mcm opera cina...sehinggalah ceq tengok drama ni..nur kasih tajuk dia..jadi minat plak..sebab citer dia sarat dengan nilai keagamaan dan moral..byk teladan yg boleh kita contohi.. :)

Sunday, July 26, 2009

menan..


hahaha kene wat keje sekolah ar..cik farah ngan tuan kimie la suwuh siapkan menan ni wakaka :p


1. berapakah umur anda?

24 taun lah

2. anda berasal?
pekan,pahang darul makmur

3. berapa adik- beradik anda? anak yang ke? nyatakan berapa
orang lelaki dan berapa orang perempuan?
ade 4 owang..2 hero 2 heroin..ceq anak ke 3

4. sekolah terakhir anda di?
sek keb jelapang jaya,ipoh,perak (kenangan yg menyentuh perasaan...sedih :(

5. bila kali terakhir anda memotong rambut?
2 taun lepas...pastu tuan kimie tak bagi gunting dah huhuhu

6. shampoo apa yang anda gunakan sekarang?
shampoo keta wakaka ..takdelah.. ceq guna shampoo PREFERS..(rose milk)

7. anda gemar menjahit? kalau tidak, nyatakan sebab?
tak suka langsung wakakaa..sebab?aa..a...sebab byk lagi benda lain leh wat hahaha :p

8. bila berada dirumah, adakah anda suka menghias diri?
menghias diri?itu mesti kalau tak laki larik nnti wakaka :P alaa berhias seadanya la kan,apa yg penting bersih dan wangi haha

9. apakah kerja rumah yang anda paling malas nak buat?

mengemas umah..tp kena wat la jugak kan,kalau tak nanti tertukar lak umah klewon ke umah owang haha :P


10. soalan yang terakhir, bagi 5 kenangan manis yang tak
dapat dilupakan sampai bila- bila?
1) jatuh cinta dgn hakimienoda..owh ku tergoda wakaka
2) kenangan pi jitra ngan kimie (drama sebabak...huhu)
3) dapat adiah dr mama kimie..gelang,beg tangan,sejadah...
4) pertama kali berkenalan dengan family kimie..sweet :)
5) dapat bukak klinik homeopathy sendiri..alhamdulillah..

11. siapakah yang anda nak tag?
kimie
mas_wani
zareena
atie
sideburn


yeayyy dah siap keje sekolah..jom kite mainnnn..hooreyy

kita hanya merancang...ALLAH yg menentukan..

25hb julai 2009...ceq balik ke kelantan untuk menghadiri majlis perkahwinan (menyambut menantu)member lama ceq..member sejak sekolah rendah..dah lama tak jumpa dia ni..demi member lama,ceq pong balik la kelantan...dengan hati yang gembira ceq menuju ke dewan tempat berlangsungnya majlis beliau..sapa tak happy nk meraikan majlis member ye tak? tapi sebaik saja sampai , ceq dikejutkan dengan perkhabaran yang tragis..isterinya telah mengalami kemalangan semasa dalam perjalanan dari K.L ke Kelantan..khabarnya kereta isteri dia terjunam ke dalam gaung di gua musang..ceq pun terus ke rumah beliau utk tengok keadaan isterinya..hiba hati ceq tengok isteri dia...dia patah bahu, pergelangan tangan retak,luka2..ahli keluarga isterinya yg lain masih mendapat rawatan di hospital gua musang..tak sangka pula di hari bersejarah dia, kejadian sebegini pula yg menimpa..apa yg boleh ceq cakap, banyak2 bersabar,semua ni ujian buat kowang...ceq doakan semoga owang umah dia cepat sembuh dan sihat seperti sediakala...kita merancang tapi Allah yg menentukan segalanya..

alkisahnya pulok..beg oh beg

hehe kite posing duluu :P

hehe cantikkan beg ni?thanks mama muaahhh haha :P


ermm sebenarnya sejak 2 minggu aritu ceq tengah usha2 hand beg baru utk ganti beg lama yg dah usang..tapi takde pulak yg berkenan di hati..bukan apa, bila dah berkenan kang harga plak mak oii bleh berpinar mate owh haha..tak berbaloi plak rasa nak beli sebab takkan nak pakai yg same sepanjang hayat ye tak? :P owang kata (bukan ceq kata) . yelah,dah abis melabur utk beg, takkan pastu nk beli lg kan hehe..mesti la kene pakai lame huhu...tapi lazimnya barang2 takkan kekal lama ngan ceq sebab selalu cepat rosak/patah/punah hahaha :P ganeh sangat hehe..ok berbalik kita pada cerita sebenarnya tadi.. pastu rasa boring lak nk carik lg..maka tenggelamlah niat nk beli beg tu... kemudian 2,3 ari pastu ceq demam (demam beg kot haha) ..bila dah demam tu, cuti le jawabnye..bagitau kat kimie,ceq tak pi keje sbb demam..dia pun kata nak mai melawat time lunch nanti.maka ceq pun kata ok. maka tiba la waktu yg dinantikan,hero hindustan ceq pun sampai dengan machonya sambil membawa bungkusan ditangannya..ceq pun tanya ape bende yg dibawak tu? kimie pun bagi kat ceq. dia cakap bukak la sendiri..ceq dengan suspennya mengoyakkan pembalut bungkusan tersebut..tengok2 WOW! handbeg! mak aii...terkedu ceq..ibu ceq sempat lg menyampuk..dia kata untung la owang demam dapat adiah hahaha :P apalagi tersengih2 tak sangka dapat beg baru hehehehe...ceq ingatkan kimie yg beli tp rupa2nya mama dia yang bg kat ceq..owhh terharunya...terima kasih mama..mcm tau2 je ceq carik hand beg haha..lain kali bg adiah lain lak tau :p berbesar hati dpt adiah dr bakal mama hehe...lalalalala...sekarang ni beg tangan ni la yg ceq bawak pi mana2..mcm2 benda leh buh dalam ni..luas..cantik,anggun,bergaya ...(sakan puji ni,takde niat ape2 okeyh?hahah) yeayyy dapat beg rayeee! lalalalaala


Tuesday, July 21, 2009

pesta resepi! mai mai ceq mai

sedang enak melayan mata yang layu dan layu,tiba2 ym daku dikejutkan oleh buzz dr seseorang..beliau telah meminta daku memberikan sebarang resepi yang mudah dan sodap untuk dimasak kepada sayang beliau..hmm kalau lauk pauk biasa bleh la daku gitau tapi kalau nak special2 dan sodap tak de la sangat resepi nye sebab masakan dibuat secara lontaran sesuka hati asalkan sedap,oleh itu tiada resepi.. haha ..tanpa ragu2 daku memberikan satu laman web yang enak kepada beliau untuk beliau terokai..insyaAllah pasti menjadi ..inilah link tersebut..sila la kalau kawan2 lain nak tengok2 kat sana..banyak gak resepi yang best2..lebih2 lagi nak dekat bulan ramadan dan syawal ni..macam2 juadah yang boleh dimasak untuk berbuka, bersahur dan biskut2 & kek2 untuk disediakan hari raya nanti (wahh dah jadi mcm riang raya raye lak kan wakakaka..pasti kowang akan dipuji kebam kebom oleh mertua kowang..wakaka (http://www.myresepi.com/)


yang hitam manis :)





best tengok black nyanyi lagu nie..lagu dolu2 :P

Sunday, July 19, 2009

nasik ayam time! :)

Ni bahan2 yang telah ditumis untuk masak nasik ayam..dalam tu mengandungi bawang putih,halia,rempah 4 beradik (kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih, buah pelaga) dan air rebusan ayam.pas mendidih tu, bubuh la beras..sukatannya kalau 6 cawan beras,air rebusan ayam tu buh la 7 ½ cawan. Kene guna sukatan cawan yang sama isipadunya keyh.nanti lain lak jadi hehe



Ni bawang putih dan halia yang telah ditumbuk. Puteri pakai sukatan agak2 je banyak mana bawang ngan halia ni hehe



Sedang menyediakan air rebusan ayam…rebus dengan bawang putih,halia,garam,gula



Rempah 4 beradik hehe..sape lah mak ayah dia wakaka



Ayam yang telah siap digoreng..nyum nyum



Sebelum goreng, perap ayam dengan sos tiram,perasa,garam,gula,kicap pekat cap mudim (siap promosi lagik tu haha),halia,bawang putih. Pastu perap la dalam setengah jam atau lebih. Kalau nak lagi sedap,kene perap lebih lama lg. kemudian goreng ler



Taraaa …inilah hasilnyaaaa..jemput makan!




seperti yang telah dijanjikan semalam ,arini berlangsunglah sesi masak memasak yang menunya adalah nasik ayam hehe..alah wat nasik ayam ikut suka2 rasa jer..

janji kite makan sedap dah haha…